150,000 permohonan masuk IPTA diterima sejak Januari
Sumber
: UTUSAN Online.12 Mac 2016 7:21 PM
TAWAU 12 Mac - Sejumlah 150,000 pelajar
telah memohon untuk masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak
permohonan dibuka Januari lepas, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Mazula Sabudin.
Walaupun jumlah itu melepasi sasaran awal,
katanya, mereka berharap lebih banyak lagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setarafnya memohon
bagi mengisi tempat disenaraikan dalam portal UPUOnline.
Katanya, sebanyak 20 universiti awam, 34
politeknik, 93 kolej komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam disenaraikan
untuk pilihan pelajar.
"Permohonan ini akan ditutup pada
April. Setiap tahun kita menerima hampir 300,000 permohonan," katanya
ketika ditemui pemberita pada Program Jom Masuk IPTA Parlimen Tawau di sini
hari ini.
Program tersebut dirasmikan Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching merankap Ahli Parlimen
Tawau. - BERNAMA
Great post i must say and thanks for the information. Education is definitely a sticky subject. However, is still among the leading topics of our time. I appreciate your post and look forward to more.
ReplyDeleteAI Course in Malaysia
I feel really happy to have seen your webpage and look forward to so many more entertaining times reading here. Thanks once more for all the details.pmp certification in malaysia
ReplyDeleteImpressive. Your story always bring hope and new energy. Keep up the good work.
ReplyDeletefull stack development course